Article
Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Artikel Pilihan Peniaga Boleh Pohon Surat Kebenaran Perjalanan Sekali Sahaja
Jelasnya, ia merupakan antara pembaharuan pihak polis dalam menambah baik ketetapan prosedur permohonan surat itu pada PKP kali kedua ini, berbanding pelaksana...
Kota Bharu, 16 Januari 2021 - Penduduk di Kelantan yang bekerja sendiri atau pekerja harian tiada majikan, kini dibolehkan memohon surat kebenaran perjalanan sekali sahaja di balai polis berhampiran, kata Ketua Polis Kelantan, DCP Dato’ Shafien Mamat.
Beliau berkata, pihaknya boleh mengeluarkan surat kebenaran perjalanan bertarikh dari awal hingga berakhir Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula hari ini hingga 26 Januari ini, di negeri berkenaan.
Jelasnya, ia merupakan antara pembaharuan pihak polis dalam menambah baik ketetapan prosedur permohonan surat itu pada PKP kali kedua ini, berbanding pelaksanaan perintah itu pada tahun lepas dan sekali gus memudahkan pergerakan masyarakat.
“Mereka tidak perlu lagi datang ke balai polis dua atau tiga kali untuk dapatkan surat kebenaran bekerja seperti PKP sebelum ini. Sekarang, cuma datang sekali ke balai polis dan mohon satu surat kebenaran sahaja untuk digunakan hingga berakhir PKP,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan di lokasi sekatan jalan raya (SJR) di Pasir Pekan dekat sini, tengah malam tadi.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1922524
Sumber:
BERNAMA
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN