Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Artikel Pilihan Pelatih Polis Sembuh Covid 19 Selesai Kuarantin Dibenar Jalani Latihan

Diterbitkan: 06 Mar 2021 7.30 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 6 Mac 2021 - Pelatih polis yang telah sembuh COVID-19 dan selesai menjalani kuarantin dibenar memulakan latihan seperti biasa di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di seluruh negara mulai Isnin, kata Pengarah Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia, CP Dato' Ramli Haji Din.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-pkpb-pkpp-covid-19-artikel-pilihan-pelatih-polis-sembuh-covid-19-selesai-kuarantin-dibenar-jalani-latihan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 00:52 MYT

Kuala Lumpur, 6 Mac 2021 - Pelatih polis yang telah sembuh COVID-19 dan selesai menjalani kuarantin dibenar memulakan latihan seperti biasa di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di seluruh negara mulai Isnin, kata Pengarah Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia, CP Dato' Ramli Haji Din.

Beliau berkata beberapa PULAPOL juga telah kembali beroperasi seperti biasa selepas 99 pelatih kadet Inspektor yang dijangkiti wabak dan dikuarantin di PULAPOL Kuala Lumpur, telah sembuh.

"Baki 17 pelatih kadet Inspektor masih menjalani perintah kuarantin serta menunggu arahan selanjutnya daripada Kementerian Kesihatan.

"Sebelum ini, seramai 116 pelatih didapati positif COVID-19 dan jumlah itu semakin berkurangan selepas ramai yang sembuh namun kami masih memantau keadaan mereka buat masa ini," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata hingga 4 Mac, masih terdapat tiga pelatih kadet Inspektor yang positif COVID-19 dan menjalani rawatan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Serdang.

Sumber:
ArtikelDiterbitkan 06 Mar 2021 7.30 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM