Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Artikel Pilihan Kenderaan Tetap Diperiksa Sekatan Jalan Kekal

Published: 10 Feb 2021 2.46 PM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Lumpur, 10 Februari 2021 - Polis masih menjalankan operasi penguatkuasaan dan pemeriksaan kenderaan di sekatan jalan raya walaupun perniagaan sektor peruncitan kembali beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-pkpb-pkpp-covid-19-artikel-pilihan-kenderaan-tetap-diperiksa-sekatan-jalan-kekal
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:51 MYT
Kuala Lumpur, 10 Februari 2021 - Polis masih menjalankan operasi penguatkuasaan dan pemeriksaan kenderaan di sekatan jalan raya walaupun perniagaan sektor peruncitan kembali beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula hari ini.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, DCP Dato’ Azisman Alias berkata, aliran lalu lintas masih terkawal kerana pemandu kenderaan perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) PKP yang melarang pergerakan rentas daerah serta negeri tanpa alasan kukuh.

"Memang ada tambahan sektor peruncitan dibenarkan kembali operasi, tetapi arahan lain kerajaan masih berkuat kuasa.

"Contohnya, rentas daerah dan negeri tidak dibenarkan. Kita masih buat pemeriksaan kenderaan melalui sekatan macam biasa.

"Aliran trafik dijangka dapat dikawal kerana pemandu kenderaan masih terikat SOP PKP tidak dibenarkan rentas daerah serta negeri," katanya pada Berita Harian, hari ini.
Sumber: Berita Harian

Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Artikel Pilihan Kenderaan Tetap Diperiksa Sekatan Jalan Kekal
ArticlePublished 10 Feb 2021 2.46 PMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM