Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Artikel Pilihan Keluar Hanya Jika Benar Benar Ada Urusan Penting

Diterbitkan: 24 Jan 2021 8.55 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 24 Januari 2021 - Jumlah kenderaan di atas jalan raya seluruh negara dianggarkan berkurangan kira-kira 30 peratus sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 bermula 13 Januari lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-pkpb-pkpp-covid-19-artikel-pilihan-keluar-hanya-jika-benar-benar-ada-urusan-penting
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:59 MYT
 
Kuala Lumpur, 24 Januari 2021 - Jumlah kenderaan di atas jalan raya seluruh negara dianggarkan berkurangan kira-kira 30 peratus sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 bermula 13 Januari lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, DCP Dato' Azisman Alias berkata, anggaran itu adalah perbandingan jumlah sebelum PKP dikuatkuasakan.

"Keadaan itu menjadikan aliran trafik dalam keadaan baik dan terkawal. Setakat ini tiada laporan kesesakan jalan raya dilaporkan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Sementara itu, Dato' Azisman turut mengingatkan orang ramai supaya terus patuh kepada arahan prosedur operasi standard (SOP).

Beliau berkata, sekiranya tiada keperluan, orang ramai perlu duduk di rumah sahaja.
"Jika benar-benar ada urusan penting sahaja dibenarkan seperti mahu menziarahi ahli keluarga yang sakit. Itu pun perlu mendapat kelulusan pergerakan dari balai polis terdekat," katanya.

Sumber: Sinar Harian

HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN
 
Keluar hanya jika benar-benar penting: Polis
ArtikelDiterbitkan 24 Jan 2021 8.55 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM