Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Artikel Pilihan Kebenaran Rentas Negeri Kekal Kepada Lima Situasi

Published: 01 May 2021 8.10 AM Updated: 17 Jul 2026 2.22 AM
Kuala Lumpur, 1 Mei 2021 - Kebenaran rentas negeri yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada umum, masih kekal kepada tiga situasi utama iaitu kecemasan membabitkan ahli keluarga terdekat, kematian dan pasangan jarak jauh (PJJ).
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-pkpb-pkpp-covid-19-artikel-pilihan-kebenaran-rentas-negeri-kekal-kepada-lima-situasi
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:50 MYT

Kuala Lumpur, 1 Mei 2021 - Kebenaran rentas negeri yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada umum, masih kekal kepada tiga situasi utama iaitu kecemasan membabitkan ahli keluarga terdekat, kematian dan pasangan jarak jauh (PJJ).

Selain itu dua lagi pergerakan rentas negeri yang dibenarkan adalah urusan untuk sektor perkhidmatan penting yang memerlukan kebenaran dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan urusan pendidikan.

Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani berkata, untuk pergerakan kecemasan dan kematian, kebenaran hanya tertakluk kepada ahli keluarga terdekat sahaja.

"Untuk pergerakan ini kita hanya membenarkan sekiranya ada perkara berkaitan kecemasan membabitkan ibu dan bapa, anak, adik-beradik kandung dan datuk atau nenek.

"Justeru selain daripada semua urusan penting yang dinyatakan maka pergerakan lain seperti aktiviti sosial adalah tidak dibenarkan," katanya kepada Berita Harian di Bukit Aman, semalam.

Dato' Sri Acryl Sani berkata, beliau turut mengarahkan semua Ketua Polis Negeri dan Pesuruhjaya Polis supaya lebih berhemah dan menyantuni masyarakat ketika mereka hadir di balai untuk membuat permohonan rentas negeri.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/…/kebenaran-rentas-negeri-kekal-…

Sumber: Berita Harian Online

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia #LetsHelpOurFrontliners
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

ArticlePublished 01 May 2021 8.10 AMUpdated 17 Jul 2026 2.22 AM