Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Artikel Pilihan Jeneral Turun Padang Khemah Utiliti Tahan Lasak Untuk Keselamatan Petugas Sjr

Published: 01 Feb 2021 2.21 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Sungai Buloh, 1 Februari 2021 - Jabatan Logistik dan Teknologi (Jlog) Bukit Aman merancang untuk membeli khemah utiliti yang dilihat lebih lasak kepada cuaca bagi mengggantikan khemah yang sedia ada dalam usaha melindungi keselamatan petugas-petugas di sekatan jalan raya (SJR) seluruh negara.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-pkpb-pkpp-covid-19-artikel-pilihan-jeneral-turun-padang-khemah-utiliti-tahan-lasak-untuk-keselamatan-petugas-sjr
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:55 MYT
Sungai Buloh, 1 Februari 2021 - Jabatan Logistik dan Teknologi (Jlog) Bukit Aman merancang untuk membeli khemah utiliti yang dilihat lebih lasak kepada cuaca bagi mengggantikan khemah yang sedia ada dalam usaha melindungi keselamatan petugas-petugas di sekatan jalan raya (SJR) seluruh negara.

Khemah berkenaan dikatakan lebih tahan lasak kepada cuaca seperti angin dan ia juga dilengkapi dengan kemudahan penghawa dingin serta beberapa peralatan lain termasuk lampu.

Timbalan Pengarah 1, Jlog Bukit Aman, DCP Dato’ Shukri Abdullah berkata, perancangan tersebut telah dimasukkan ke dalam bajet menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

“Perancangan ini dilakukan selepas melihat beberapa insiden yang berlaku terhadap petugas-petugas di SJR hingga membahayakan nyawa mereka.

“Kita sedang rancang, jika ada bajet kita akan dapat perolehan. Setakat ini rasanya tiada halangan kerana ia melibatkan peruntukan daripada kerajaan,” ujarnya kepada pemberita.

Terdahulu, beliau bersama Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar melawat petugas-petugas melalui program Jeneral Turun Padang di SJR Plaza Tol Rawang Selatan di sini hari ini.

HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

May be an image of one or more people, people standing and outdoors


May be an image of 1 person, standing, outdoors and text that says 'RELA'

May be an image of standing, car and road

May be an image of one or more people, people standing and outdoors

May be an image of one or more people, people standing and outdoors

May be an image of one or more people, people standing and outdoors
ArticlePublished 01 Feb 2021 2.21 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM