Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Artikel Pilihan Dua Ribu Kenderaan Rentas Kedah Perlis Setiap Hari

Published: 21 Jan 2021 9.45 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kangar, 21 Januari 2021 - Kira-kira 2,000 kenderaan merentas dari Kedah ke Perlis setiap hari yang sebahagian besarnya melalui sekatan jalan raya (SJR) di Sanglang.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-pkpb-pkpp-covid-19-artikel-pilihan-dua-ribu-kenderaan-rentas-kedah-perlis-setiap-hari
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:19 MYT
Kangar, 21 Januari 2021 - Kira-kira 2,000 kenderaan merentas dari Kedah ke Perlis setiap hari yang sebahagian besarnya melalui sekatan jalan raya (SJR) di Sanglang.

Ketua Polis Perlis, SAC Dato’ Surina Saad berkata, mereka yang merentas negeri terdiri daripada yang tinggal di Kedah tetapi bekerja di negeri ini.

Katanya, polis tidak membenarkan kenderaan yang cuba masuk ke negeri ini tanpa surat kebenaran merentas negeri atau alasan munasabah dengan purata kenderaan diarah berpatah balik hanya antara lapan hingga 10 buah setiap hari.

“Sempadan negeri memang tidak dibenarkan keluar tanpa alasan yang munasabah. Bagi kawasan di pekan Kuala Sanglang, mereka yang tinggal di sempadan Perlis memang tidak boleh merentas negeri untuk membeli barangan di sempadan, sebaliknya harus memilih kedai di sebelah sini sahaja”, katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Sumber : Utusan Online
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN
ArticlePublished 21 Jan 2021 9.45 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM