Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkp Op Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan 2 669 Migran Gagal Masuk

Diterbitkan: 10 Jun 2021 6.09 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Perkara itu terbukti apabila sebanyak 2,669 migran terdiri daripada 1,915 lelaki dan wanita (754) ditahan dalam tempoh tahun lalu sehingga 30 April lepas.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-op-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-2-669-migran-gagal-masuk
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 26/09/2026 00:46 MYT
Petaling Jaya, 10 Jun 2021 - Aktiviti pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran ke negara ini menunjukkan penurunan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kawalan ketat Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama agensi penguat kuasa lain sepanjang tempoh itu.

Perkara itu terbukti apabila sebanyak 2,669 migran terdiri daripada 1,915 lelaki dan wanita (754) ditahan dalam tempoh tahun lalu sehingga 30 April lepas.

Daripada jumlah itu, sebanyak 1,898 migran ditahan pada tahun lalu manakala 771 orang lagi diberkas sejak awal tahun ini sehingga April lalu.

Memberitahu Utusan Malaysia, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) (D3), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, SAC Tuan Fadil Marsus berkata, migran paling ramai ditahan warga Indonesia apabila merekodkan 1,755 orang diikuti Myanmar (406 orang), Thailand (225 orang), Filipina (127 orang) dan Bangladesh (25 orang).

Menurut beliau, daripada jumlah itu, sebanyak 2,515 migran yang ditahan adalah golongan dewasa manakala 154 lagi kanak-kanak.

"Bagi kesalahan penyeludupan migran, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670), sekiranya disabitkan kesalahan hendaklah dihukum dengan penjara selama tempoh tidak melebihi lima belas tahun dan boleh juga dikenakan denda atau kedua-duanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar Utusan Malaysia seperti di lampiran.
ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2021 6.09 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM