
Artikel
Op Benteng Keratan Akhbar Pilihan Pelarian Rohingya Pdrm Perketat Kawalan Sempadan
Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Pasukan Gerakan Am) Bukit Aman, DCP Dato’ Kasuahdi Ali berkata, kawalan diperketatkan...
Pasir Mas, 10 Jun 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperketatkan kawalan dan keselamatan sempadan negara bagi mengekang kemasukan 81 pelarian etnik Rohingya yang mendarat di sekitar pesisir pantai Kuala Simpang Ulim, Simpang Ulim, Acheh Timur, Indonesia.
Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Pasukan Gerakan Am) Bukit Aman, DCP Dato’ Kasuahdi Ali berkata, kawalan diperketatkan di semua negeri termasuk Sabah dan Sarawak.
Pada masa sama, katanya, pihaknya sudah mengarahkan semua Komander PGA supaya berjaga-jaga dan bersiap siaga supaya kumpulan berkenaan tidak memasuki negara.
"Susulan pendaratan 81 pelarian etnik Rohingya, kita mengambil langkah awal dengan memperketatkan lagi kawalan sempadan negara.
"Kumpulan Rohingya ini datang dari Bangladesh dan sebelum ini ada yang masuk ke Malaysia di Langkawi, Kedah," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas, di sini, semalam.
Sumber: Harian Metro