Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkp Covid19 Pkp 3 0 Mdn Tinjau Tiga Lokasi Penugasan Sjr Sempena Pkp Penuh

Published: 01 Jun 2021 12.32 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Shah Alam, 1 Jun 2021 - Menteri Dalam Negeri (MDN), Dato' Seri Hamzah Zainudin hari ini melawat tiga lokasi sekatan jalan raya di kontinjen Selangor sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh di Plaza Tol Bukit Jelutong, Subang dan Lebuhraya Persekutuan berdekatan Kota Darul Ehsan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-covid19-pkp-3-0-mdn-tinjau-tiga-lokasi-penugasan-sjr-sempena-pkp-penuh
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 12:32 MYT
 
Shah Alam, 1 Jun 2021 - Menteri Dalam Negeri (MDN), Dato' Seri Hamzah Zainudin hari ini melawat tiga lokasi sekatan jalan raya di kontinjen Selangor sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh di Plaza Tol Bukit Jelutong, Subang dan Lebuhraya Persekutuan berdekatan Kota Darul Ehsan.

Ketibaan beliau bersama kedua-dua timbalannya, Dato' Sri Dr. Haji Ismail Haji Mohamed Said dan Tuan Jonathan Yasin telah disambut oleh Ketua Polis Selangor, CP Dato' Arjunaidi Mohamed dan Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Pasukan Gerakan Khas), DCP Datuk Mastor Arif.

Selain meninjau keadaan petugas Polis Diraja Malaysia (PDRM), beliau turut ditaklimatkan berkaitan operasi pelaksanaan SJR sebelum berpeluang menyampaikan buah tangan kepada mereka sebagai menghargai jasa dan khidmat bakti yang telah dicurahkan selama ini.

Beliau yang ditemui selepas lawatan tadi turut memaklumkan pergerakan kenderaan di jalan raya secara purata menurun di antara 70 sehingga 80 peratus di seluruh negara.
"Alhamdulillah, pada hari pertama pelaksanaan sekatan pergerakan penuh fasa pertama telah menunjukkan penurunan pergerakan kenderaan yang tinggi dalam negara.

"Ini menujukkan bahawa rakyat sudah memahami matlamat pihak kerajaan mengurangkan pergerakan dalam negara adalah semata-mata untuk mengekang penularan pandemik COVID-19," ujar beliau.

Hadir sama, Ketua Setiusaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Dato' Wan Ahmad Dahlan Haji Abdul Aziz, Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato' Azmi Abu Kassim, para pegawai kanan PDRM dan KDN.

Jurugambar: Koperal Muhammad Rafsamjani Shamsul Bahar dan Konstabel Bryanlie Mustin.

May be an image of one or more people, people standing and outdoors

May be an image of one or more people and text

May be an image of 1 person, standing, car and outdoors

May be an image of one or more people, people standing and outdoors

May be an image of one or more people, people standing, car and road

May be an image of 1 person, standing and text that says 'ALPHAPLAZA ALPHA OLSHAH ALAM RTUGAS'

May be an image of one or more people

May be an image of one or more people

May be an image of one or more people, people standing and car

May be an image of 1 person, standing and outdoors

ArticlePublished 01 Jun 2021 12.32 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM