Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Pkp 3 0 Lokasi Tumpuan Lengang Majoriti Rakyat Patuhi Sop

Diterbitkan: 02 Jun 2021 1.52 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur 2 Jun 2021 - Suasana sekitar kawasan tumpuan di ibu negara dan bandar utama seluruh negara lengang pada hari pertama sekatan pergerakan penuh atau “total lockdown” fasa pertama yang bermula semalam hingga 14 Jun ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-pkp-3-0-lokasi-tumpuan-lengang-majoriti-rakyat-patuhi-sop
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 10:49 MYT

Kuala Lumpur 2 Jun 2021 - Suasana sekitar kawasan tumpuan di ibu negara dan bandar utama seluruh negara lengang pada hari pertama sekatan pergerakan penuh atau “total lockdown” fasa pertama yang bermula semalam hingga 14 Jun ini.

Tempoh dua minggu itu sebagai langkah untuk melandaikan semula lekuk penularan COVID-19 yang sebelum ini pernah merekodkan 9,020 kes baharu harian, tertinggi sejak pandemik berkenaan melanda negara awal tahun lalu.

Tinjauan BH mendapati, majoriti rakyat negara ini masih kekal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan kerana ia sudah menjadi sebahagian norma baharu kehidupan harian.

Hari pertama sekatan pergerakan penuh juga menyaksikan pengurusan syarikat mematuhi arahan kerajaan supaya 60 peratus kakitangan sektor swasta bekerja dari rumah sebagai langkah mengawal penularan COVID-19.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

Sumber: Berita Harian Online

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
#LetsHelpOurfrontliners
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

 
May be an image of road and text
May be an image of one or more people, people standing and road
ArtikelDiterbitkan 02 Jun 2021 1.52 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM