Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkp Covid19 Artikel Pilihan 91 317 Pegawai Dan Anggota Pdrm Selesai Suntikan Vaksin Covid

Diterbitkan: 08 Jun 2021 12.27 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Lumpur, 8 Jun 2021 - Sebanyak 91,317 atau 79.76 peratus pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melengkapkan kedua-dua dos suntikan vaksin COVID-19 setakat Ahad lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-covid19-artikel-pilihan-91-317-pegawai-dan-anggota-pdrm-selesai-suntikan-vaksin-covid
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 26/09/2026 01:35 MYT
Kuala Lumpur, 8 Jun 2021 - Sebanyak 91,317 atau 79.76 peratus pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melengkapkan kedua-dua dos suntikan vaksin COVID-19 setakat Ahad lalu.

Pengarah Pengurusan Bukit Aman, CP Dato’ Ramli Haji Din berkata, baki 23,179 terdiri daripada pegawai dan anggota kini dalam proses menyelesaikan vaksinasi mereka.
PDRM mempunyai seramai 114,496 pegawai dan anggota.

“Seramai 10,670 pegawai kanan telah menerima kedua-dua dos vaksin, 859 telah mendapat dos pertama dan sedang menunggu dos kedua, manakala 1,566 belum menerima vaksin.

“Sementara itu 80,647 anggota telah menerima dos pertama; 6,106 mendapat dos pertama dan masih menunggu dos kedua manakala 14,648 masih lagi belum menerima vaksin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sumber: BERNAMA


Pkp Covid19 Artikel Pilihan 91 317 Pegawai Dan Anggota Pdrm Selesai Suntikan Vaksin Covid
ArtikelDiterbitkan 08 Jun 2021 12.27 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM