Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

#PKP #COVID-19 STATUS TERKINI TASK FORCE OPERASI PEMATUHAN PDRM

Diterbitkan: 08 Jun 2021 11.13 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 87,892 pemeriksaan semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-covid-19-status-terkini-task-force-operasi-pematuhan-pdrm-20210608
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:06 MYT
Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 87,892 pemeriksaan semalam.

Ia melibatkan 4,562 Pasukan Pematuhan yang terdiri daripada 19,588 anggota bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Semalam, 970 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP. Daripada jumlah itu, seramai 917 individu dikompaun, 49 direman manakala empat (4) lagi dijamin.
Antara kesalahan direkodkan ialah:

- Tiada penjarakan fizikal (265)
- Tidak memakai pelitup muka (203)
- Rentas negeri / daerah tanpa kebenaran / makan di premis (133)
- Gagal merekod butiran diri / daftar masuk premis (120)
- Tidak patuh arahan kawalan pergerakan (117)
- Membawa penumpang berlebihan (111)
- Lain-lain (21)

Sumber: Kenyataan Media Menteri Kanan Pertahanan (8 Jun 2021)

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

 

May be an image of 1 person, standing and text that says 'PDRMsia #PrayForMalaysia #StayHome #BeSafe HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN Terbitan Konsep: Urus Se
ArtikelDiterbitkan 08 Jun 2021 11.13 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM