
Artikel
Pkp Covid 19 Update Keratan Akhbar Pilihan 7 Selebriti Rai Majlis Di Hotel Dikompaun Rm19 000
Kuala Lumpur, 23 Jun 2021 - Tujuh selebriti yang disiasat berhubung pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan COVID-19 dengan mengha...
Kuala Lumpur, 23 Jun 2021 - Tujuh selebriti yang disiasat berhubung pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan COVID-19 dengan menghadiri majlis di sebuah hotel, di sini pada 29 April lalu, dikenakan kompaun berjumlah keseluruhan RM19,000.
Mereka adalah Nurin Afiqah Zulkifli, Nur Heliza Helmi, Nur Hazwani Helmi, Ahmad Faizal Yaakob, Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid dan Nur Iman Alysaa Sahabuddin yang gagal memakai pelitup muka ketika menghadiri Majlis Berbuka Puasa dan Rapatkan Saf 2021 di hotel itu.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Tuan Mohamad Zainal Abdullah berkata, tindakan kompaun itu diputuskan Pejabat Peguam Negara yang mengembalikan kertas siasatan kepada pihaknya, kelmarin.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian.
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN