Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkp Covid 19 Status Terkini Task Force Operasi Pematuhan Pdrm 20210624

Published: 24 Jun 2021 12.15 PM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 92,994 pemeriksaan semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-covid-19-status-terkini-task-force-operasi-pematuhan-pdrm-20210624
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:13 MYT
Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 92,994 pemeriksaan semalam.

Ia melibatkan 4,550 Pasukan Pematuhan yang terdiri daripada 20,852 anggota bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Semalam, 761 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP. Daripada jumlah itu, seramai 741 individu dikompaun, 19 direman manakala seorang lagi dijamin.

Antara kesalahan direkodkan ialah:

- Rentas negeri / daerah tanpa kebenaran / makan / minum di premis (197)
- Tidak memakai pelitup muka (152)
- Individu gagal merekod butiran diri / daftar masuk premis (127)
- Tiada penjarakan fizikal (100)
- Membawa penumpang berlebihan (62)
- Tidak patuh arahan kawalan pergerakan (61)
- Premis gagal patuhi arahan (15)
- Lain-lain (47)

Sumber: Kenyataan Media Menteri Kanan Pertahanan (24 Jun 2021)

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:


May be an image of 1 person, standing and text that says 'PDRMsia #PrayForMalaysia #StayHome #BeSafe HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN Terbitan Konsep: Urus Se
ArticlePublished 24 Jun 2021 12.15 PMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM