
Artikel
#PKP #COVID-19 STATUS TERKINI TASK FORCE OPERASI PEMATUHAN PDRM
Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 97,691 pemeriksaan semalam.
Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 97,691 pemeriksaan semalam.
Ia melibatkan 4,997 Pasukan Pematuhan yang terdiri daripada 20,862 anggota bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Semalam, 754 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP. Daripada jumlah itu, seramai 701 individu dikompaun manakala 53 lagi direman.
Antara kesalahan direkodkan ialah:
- Individu gagal merekod butiran diri / daftar masuk premis (144)
- Rentas negeri / daerah tanpa kebenaran/makan di premis (141)
- Tidak memakai pelitup muka (135)
- Tiada penjarakan fizikal (92)
- Membawa penumpang berlebihan (84)
- Tidak patuh arahan kawalan pergerakan (78)
- Premis gagal patuhi arahan (11)
- Lain-lain (69)
Sumber: Kenyataan Media Menteri Kanan Pertahanan (23 Jun 2021)
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN