
Article
Pkp Covid 19 Status Terkini Task Force Operasi Pematuhan Pdrm 20210603
Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 83,842 pemeriksaan semalam.
Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 83,842 pemeriksaan semalam.
Ia melibatkan 5,065 Pasukan Pematuhan yang terdiri daripada 18,977 anggota bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Semalam, 987 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP. Daripada jumlah itu, seramai 939 individu dikompaun, 47 direman manakala seorang lagi dijamin.
Antara kesalahan direkodkan ialah:
- Tidak memakai pelitup muka (218)
- Rentas negeri / daerah tanpa kebenaran / makan di premis (196)
- Gagal merekod butiran diri / daftar masuk premis (135)
- Membawa penumpang berlebihan (127)
- Tiada penjarakan fizikal (125)
- Tidak patuh arahan kawalan pergerakan (68)
- Aktiviti pusat hiburan (35)
- Premis gagal patuhi arahan (12)
- Lain-lain (71)
Sumber: Kenyataan Media Menteri Kanan Pertahanan (3 Jun 2021)
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN