
Artikel
Pkp Covid19 Artikel Pilihan Pkp 3 0 Larangan Keluar Rumah Selepas 6 Petang Tidak Benar
Kuala Lumpur, 3 Jun 2021 - Polis menafikan satu klip video yang tular menerusi media sosial mendakwa mereka yang keluar rumah selepas 6 petang akan ditangkap,...
Kuala Lumpur, 3 Jun 2021 - Polis menafikan satu klip video yang tular menerusi media sosial mendakwa mereka yang keluar rumah selepas 6 petang akan ditangkap, kecuali jika mempunyai urusan perubatan atau urusan kecemasan.
Ketua Polis Daerah Sentul, Tuan ACP Beh Eng Lai berkata antara lain, klip video itu yang menggunakan maklumat latar belakang Facebook ‘Kepong Community’, mendakwa arahan tersebut dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara.
“Orang ramai dibenarkan keluar rumah untuk membeli makanan dan keperluan asas pada waktu kedai-kedai tersebut beroperasi hingga 8 malam sebagaimana termaktub dalam prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bertarikh 1 Jun 2021,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tuan Beh yang menasihati orang ramai supaya tidak menularkan sebarang berita palsu atau fakta yang belum disahkan dengan pihak berkuasa, turut berkata satu kertas siasatan telah dibuka bagi menyiasat kes tersebut.
Sumber: BERNAMA
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN