Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkp Covid 19 Status Terkini Task Force Operasi Pematuhan Pdrm 20210521

Published: 21 May 2021 10.41 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 69,617 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-covid-19-status-terkini-task-force-operasi-pematuhan-pdrm-20210521
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:50 MYT
Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 69,617 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Seramai 3,421 Pasukan Pematuhan melibatkan 15,226 anggota telah membuat pemantauan di 4,240 pasar raya, restoran (5,493), kilang (2,543), bank (3,918), pejabat kerajaan (1,289) dan penjaja (2,452).

Turut dipantau ialah pasar awam / tani (1,912), tempat ibadah (3,271), tempat riadah (1,766), terminal pengangkutan darat (1,851), terminal pengangkutan air (306) dan terminal pengangkutan udara (86).

Semalam, 550 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP. Daripada jumlah itu, seramai 532 individu dikompaun, 17 direman manakala seorang lagi dijamin.

Antara kesalahan direkodkan ialah:
- Gagal merekod butiran diri / daftar masuk premis (193)
- Tidak memakai pelitup muka (122)
- Tidak patuh arahan kawalan pergerakan (72)
- Tiada penjarakan fizikal (57)
- Rentas negeri / daerah tanpa kebenaran (4)
- Mengadakan rumah terbuka (1)
- Lain-lain (101)

Sumber: Kenyataan Media Menteri Kanan Pertahanan (21 Mei 2021)

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

ArticlePublished 21 May 2021 10.41 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM