Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

#PKP #COVID-19 STATUS TERKINI TASK FORCE OPERASI PEMATUHAN PDRM

Diterbitkan: 19 May 2021 10.55 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 78,260 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-covid-19-status-terkini-task-force-operasi-pematuhan-pdrm-20210519
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:19 MYT
Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 78,260 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Seramai 4,040 Pasukan Pematuhan melibatkan 16,007 anggota telah membuat pemantauan di 4,345 pasaraya, restoran (5,116), kilang (2,421), bank (3,942), pejabat kerajaan (981) dan penjaja (2,153).

Turut dipantau ialah pasar awam / tani (1,790), tempat ibadah (3,011), tempat riadah (1,693), terminal pengangkutan darat (2,616), terminal pengangkutan air (393) dan terminal pengangkutan udara (140).

Semalam, 513 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP. Daripada jumlah itu, seramai 484 individu dikompaun manakala 29 lagi direman.

Antara kesalahan direkodkan ialah:

- Tidak memakai pelitup muka (185)
- Gagal merekod butiran diri / daftar masuk premis (105)
- Tiada penjarakan fizikal (79)
- Tidak patuh arahan kawalan pergerakan (57)
- Aktiviti perjudian (12)
- Aktiviti Pusat Hiburan (5)
- Merentas daerah / negeri tanpa kebenaran (5)
- Lain-lain (65)

Sumber: Kenyataan Media Menteri Kanan Pertahanan (19 Mei 2021)

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

 

May be an image of 1 person, standing and text that says 'PDRMsia #PrayForMalaysia #StayHome #BeSafe HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN Terbitan Konsep: Urus Se
ArtikelDiterbitkan 19 May 2021 10.55 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM