Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

#PKP #COVID-19 STATUS TERKINI TASK FORCE OPERASI PEMATUHAN PDRM

Diterbitkan: 18 May 2021 10.42 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 75,057 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-covid-19-status-terkini-task-force-operasi-pematuhan-pdrm-20210518
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:20 MYT

Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 75,057 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Seramai 4,216 Pasukan Pematuhan melibatkan 15,631 anggota telah membuat pemantauan di 4,135 pasaraya, restoran (4,924), kilang (2,204), bank (3,977), pejabat kerajaan (927) dan penjaja (2,135).

Turut dipantau ialah pasar awam / tani (1,892), tempat ibadah (3,233), tempat riadah (1,582), terminal pengangkutan darat (1,765), terminal pengangkutan air (299) dan terminal pengangkutan udara (108).

Semalam, 514 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP. Daripada jumlah itu, seramai 503 individu dikompaun manakala 11 lagi direman.

Antara kesalahan direkodkan ialah:
- Tidak memakai pelitup muka (147)
- Gagal merekod butiran diri / daftar masuk premis (127)
- Tiada penjarakan fizikal (62)
- Membawa penumpang berlebihan (13)
- Lain-lain (165)

Sumber: Kenyataan Media Menteri Kanan Pertahanan (18 Mei 2021)

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
ArtikelDiterbitkan 18 May 2021 10.42 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM