
Article
Pkp Covid 19 Oppatuh Amaldanpatuh Op Patuh Pkp 3 0 Tpm Turun Padang Buat Pemeriksaan Sop Sektor Industri Di Klang
Klang, 17 Julai 2021 - Timbalan Perdana Menteri, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, hari ini mengetuai Op Patuh bagi memeriksa sendiri pematuhan prosedur operasi s...
Klang, 17 Julai 2021 - Timbalan Perdana Menteri, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, hari ini mengetuai Op Patuh bagi memeriksa sendiri pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sektor industri di sekitar Klang Selatan, di sini.
Beliau yang juga Menteri Pertahanan diiringi Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hamzah Zainudin bersama timbalannya, Dato' Sri Dr. Haji Ismail Haji Mohamed Said dan Ketua Polis Negara, IG Dato' Seri Acryl Sani Haji Abdullah Sani dalam operasi tersebut.
Sebanyak dua buah kilang diperiksa tadi, masing-masing merupakan kilang pembuatan keluli dan pemprosesan ayam yang masih gagal mematuhi arahan dikeluarkan oleh pihak kerajaan.
Antara kesalahan yang masih dicatatkan ialah kehadiran pekerja melebihi had dibenarkan, tidak mengamalkan penjarakan fizikal dan tidak mengimbas kod MySejahtera sebelum memasuki premis tempat kerja.
Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Wan Ahmad Dahlan Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Dato' Indera Khairul Dzaimee Daud dan Ketua Polis Selangor, CP Dato' Arjunaidi Mohamed.
Jurugambar: Koperal Irfan Bujang dan Konstabel Muhammad Khairul Hilmi Zaini
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN