Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkp Covid 19 Opbantu Setiamembantu Artikel Pilihan Op Bantu Polis Agih Lagi Bakul Makanan

Diterbitkan: 12 Jul 2021 1.14 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Lumpur, 12 Julai 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengedar 11,928 bakul makanan lagi kepada golongan memerlukan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak menerusi Op Bantu Fasa Dua bermula hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-covid-19-opbantu-setiamembantu-artikel-pilihan-op-bantu-polis-agih-lagi-bakul-makanan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:13 MYT
 
Kuala Lumpur, 12 Julai 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengedar 11,928 bakul makanan lagi kepada golongan memerlukan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak menerusi Op Bantu Fasa Dua bermula hari ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, DCP Dato’ Saiful Azly Haji Kamaruddin berkata bakul makanan itu diedarkan ke 156 ibu pejabat polis daerah (IPD) yang terdapat di seluruh negara.

"Menerusi Op Bantu Fasa Dua, setiap IPD menerima 73 bakul makanan, namun 20 IPD di Sabah masing-masing akan diberikan 100 bakul makanan.

"Dalam Op Bantu Fasa Satu bermula Rabu lalu, 3,120 bakul makanan diedarkan ke 156 IPD dengan setiap IPD menerima 20 bakul makanan. Semuanya sudah selesai diagihkan kepada penerima," katanya kepada BH, hari ini.

Dato' Saiful Azly berkata, Op Bantu kelolaan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mensasarkan 300 penerima yang terpilih terlebih dahulu di setiap IPD.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../polis-agih-lagi-bakul-makanan

Sumber: Berita Harian

ArtikelDiterbitkan 12 Jul 2021 1.14 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM