
Article
Pkp Covid 19 Op Benteng Posting Pilihan Cubaan 56 Pati Menyusup Masuk Ke Negara Dipatahkan Pdrm
Klang, 14 Januari 2021 - Tindakan pantas pasukan keselamatan berjaya mematahkan cubaan 56 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia menyusup masuk nega...
Klang, 14 Januari 2021 - Tindakan pantas pasukan keselamatan berjaya mematahkan cubaan 56 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia menyusup masuk negara ini menggunakan tongkang di sekitar perairan Pantai Jeram, dekat sini, semalam.
Penahanan PATI berusia lima hingga 59 tahun dilakukan pukul 3 pagi ketika baharu sejam memasuki perairan negara hasil kolaborasi Pasukan Polis Marin (PPM) Pelabuhan Klang dan Unit Tindakhas (UTK).
Komander PPM Wilayah 1, ACP Tuan Rosman Ismail berkata, semasa rondaan Op Benteng dilakukan mengesan sebuah tongkang dalam keadaan mencurigakan memasuki perairan Jeram.
“Hasil pemeriksaan menemui 34 lelaki, 21 perempuan dan 1 kanak-kanak di dalam tongkang tersebut.
“Mereka yang ditahan dibawa ke Markas Operasi PPM Pelabuhan Klang untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sumber: Pasukan Polis Marin Wilayah Satu dan Kosmo
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN