Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkp Covid 19 Op Benteng Keratan Akhbar Pilihan Pkp 3 0 Pgu Pantau Kepatuhan Sop Dari Udara

Published: 23 Jun 2021 7.46 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Subang, 23 Jun 2021 - Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia berperanan besar dalam memastikan keselamatan dan keamanan negara terus kekal terpelihara daripada sebarang ancaman anasir dalam negara.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-covid-19-op-benteng-keratan-akhbar-pilihan-pkp-3-0-pgu-pantau-kepatuhan-sop-dari-udara
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:20 MYT

Subang, 23 Jun 2021 - Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia berperanan besar dalam memastikan keselamatan dan keamanan negara terus kekal terpelihara daripada sebarang ancaman anasir dalam negara.

Dalam tempoh Sekatan Pergerakan Penuh, PGU antara unit barisan hadapan memastikan kadar kepatuhan prosedur operasi standard (SOP) pada tahap yang tertinggi.

Rondaan tertumpu di beberapa lokasi tumpuan sekitar Selangor dan Kuala Lumpur bagi meninjau keadaan lalu lintas ketika pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh yang bermula sejak 1 Jun lalu.

Selain berperanan dalam melaksanakan tinjauan menerusi udara, PGU turut berperanan dalam melakukan tinjauan Op Benteng di sekitar kawasan persisir pantai negara.

Komander Pangkalan Semenanjung PGU Subang, ACP Tuan Azan Husin ketika ditemui berkata, pelaksanaan tinjauan Op Benteng merupakan salah satu elemen di bawah National Task Force yang diterajui oleh Angkatan Tentera Malaysia.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.sinarharian.com.my/.../Pantau-kepatuhan-SOP...

Sumber: Sinar Harian

ArticlePublished 23 Jun 2021 7.46 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM