Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkp Covid 19 Op Benteng Keratan Akhbar Pilihan Pkp 3 0 Elak Sempadan Negara Bolos Menjelang Syawal

Published: 12 May 2021 5.08 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Apabila dunia diancam pandemik COVID-19 yang menyaksikan penutupan semua pintu masuk Malaysia, peranan digalas pasukan keselamatan semakin getir kerana perlu memastikan sempadan negara tidak dibolosi langsung dari luar.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-covid-19-op-benteng-keratan-akhbar-pilihan-pkp-3-0-elak-sempadan-negara-bolos-menjelang-syawal
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 14:19 MYT

Apabila dunia diancam pandemik COVID-19 yang menyaksikan penutupan semua pintu masuk Malaysia, peranan digalas pasukan keselamatan semakin getir kerana perlu memastikan sempadan negara tidak dibolosi langsung dari luar.

Di Kelantan, kawalan sempadan negara di sepanjang 41.8 kilometer Sungai Golok dilakukan secara bergilir-gilir oleh Polis Diraja Malaysia menerusi Pasukan Gerakan Am (PGA), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, PGA Batalion 7 Kuantan, PGA Batalion 8 Pengkalan Chepa dan PGA Batalion 9 Kuala Terengganu.
Menerusi penugasan yang dipanggil Op Benteng COVID-19 tersebut, kerja keras ketiga-tiga batalion dalam PGA Briged Tenggara itu berjaya mematahkan 800 kes penyeludupan sepanjang tahun lalu, berbanding 526 kes pada 2019 dengan peningkatan kes 52 peratus.

Sementara itu, dalam tempoh umat Islam menyambut Ramadan dan Syawal kali ini menyaksikan PGA Batalion 7 yang berpangkalan di Kuantan, Pahang mengambil alih tanggungjawab berat itu.

Ketika ditemui baru-baru ini, Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7, Superintendan Azhari Nusi berkata, ketiadaan pagar atau tembok kekal menyebabkan sempadan Malaysia di Kelantan sering menjadi tumpuan penyeludup kerana dianggap paling mudah dibolosi.

Kata beliau, memandangkan keadaan sempadan yang 'terbuka' luas, Malaysia terpaksa bergantung pada Sungai Golok yang sempit dan cetek sebagai benteng semula jadi, di samping mengharapkan kudrat anggota PGA yang berkawal di sepanjang tebing setiap masa.

"Biasanya, minggu terakhir sebelum Aidilfitri menjadi tempoh paling getir kerana penyeludup semakin terdesak mahu membolosi kawalan sempadan negara dan sedaya upaya melakukan pelbagai helah tanpa mengira masa.

"Kita tiada pagar atau tembok kekal dan ini menyukarkan kami berkawal. Namun mereka jangan fikir boleh bolos ke negara ini dengan mudah. Selagi PGA ada di sini, kami akan kawal ketat sempadan kita 24 jam sehari bagi memastikan perkara itu tidak berlaku," katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar Utusan Malaysia seperti di lampiran.

Sumber: Utusan Online

ArticlePublished 12 May 2021 5.08 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM