
Article
Pkp Covid 19 Op Benteng Keratan Akhbar Pilihan Pga Kawal Ketat Semua 128 Pangkalan Haram
Rantau Panjang, 18 Mei 2021 - Sebanyak 128 pangkalan haram yang terdapat di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini bermula dari Pos Ibrahim Pencen...
Rantau Panjang, 18 Mei 2021 - Sebanyak 128 pangkalan haram yang terdapat di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini bermula dari Pos Ibrahim Pencen sehingga Tanjong, Pengkalan Kubor, Tumpat dikawal ketat oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam usaha mencegah aktiviti penyeludupan.
Kawalan setiap inci di pangkalan haram yang menjadi 'laluan tikus' untuk aktiviti jenayah rentas sempadan itu dilakukan secara bergilir-gilir oleh PGA Batalion 7 Kuantan bersama Batalion 8 Pengkalan Chepa dan Batalion 9 Kuala Terengganu menerusi Op Benteng COVID-19.
Kehadiran ketiga-tiga pasukan itu berjaya membendung aktiviti jenayah rentas sempadan menerusi kejayaan tangkapan berkaitan penyeludupan.
Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7 Kuantan, Superintendan Tuan Azhari Nusi berkata, rondaan rutin selama 24 jam sehari sentiasa dilakukan di kawasan pangkalan haram bagi memastikan keselamatan sempadan negara berada pada tahap terbaik.
Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan Sinar Harian.
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN
