Artikel
Pkp Covid 19 Op Benteng Artikel Pilihan Penugasan Operasi Anggota Pga Di Sempadan Negara Ketika Pkp Tidak Berubah Kpn
Kuala Lumpur, 14 Januari 2021 - Penugasan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di sempadan negara tidak berubah meskipun pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (P...
Kuala Lumpur, 14 Januari 2021 - Penugasan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di sempadan negara tidak berubah meskipun pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador berkata, pihaknya mempunyai pasukan lain yang ditugaskan khas untuk memantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 dan sekatan jalan raya (SJR) sepanjang tempoh PKP.
“Pasukan PGA bersama pasukan tentera hanya ditugaskan untuk Operasi Benteng dan lain-lain tugas berkaitan sempadan,” katanya kepada Bernama hari ini.
Kelmarin, dilaporkan cuti semua pegawai dan anggota polis di seluruh negara dibekukan serta-merta berikutan peningkatan kes COVID-19 serta pelaksanaan PKP.
Berikutan itu, seramai 48,000 anggota polis bertugas sepanjang tempoh PKP manakala 12,000 lagi bersiap sedia untuk dikerahkan apabila diperlukan.
Sumber: Abdul Hamid Bador dan BERNAMA
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN
