
Artikel
Pkp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Pkp 3 0 Tindakan Tegas Kilang Langgar Sop Mdn
Putrajaya, 18 Jun 2021 - Majikan sektor perkilangan yang dikesan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), akan dikenakan ti...
Putrajaya, 18 Jun 2021 - Majikan sektor perkilangan yang dikesan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), akan dikenakan tindakan tegas termasuk kompaun, bermula hari ini.
Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hamzah Zainuddin berkata, keputusan itu dibuat susulan segelintir syarikat dikesan tidak mematuhi surat kebenaran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
"Hari ini (semalam) adalah hari terakhir kita bertolak-ansur. Saya harap selepas ini syarikat dibenarkan beroperasi perlu meneliti kelulusan diberikan MITI.
"Sekiranya melakukan kesalahan, lebih baik tidak beroperasi sebelum dikenakan tindakan," katanya.
Dato’ Seri Hamzah berkata, sebelum ini pihaknya mengeluarkan saman serta amaran kepada beberapa pihak industri dikesan melakukan kesalahan melanggar PKP.
Beliau berkata, syarikat yang pernah dikompaun juga akan di-pantau, termasuk dikenakan tindakan sekiranya melakukan kesalahan semula.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian.
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia #LetsHelpOurFrontliners
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN