Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Pkp 3 0 Polis Dahulukan Solat Sebelum Periksa Dan Keluar Kompaun

Published: 28 May 2021 2.00 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Taiping, 28 Mei 2021 - Polis Taiping mengesahkan foto anggota menjadi makmum ketika solat berjemaah di sebuah masjid di sini yang turut dihadiri penduduk kampung dengan tidak memakai pelitup muka yang tular di media sosial adalah benar.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-pkp-3-0-polis-dahulukan-solat-sebelum-periksa-dan-keluar-kompaun
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:27 MYT
Taiping, 28 Mei 2021 - Polis Taiping mengesahkan foto anggota menjadi makmum ketika solat berjemaah di sebuah masjid di sini yang turut dihadiri penduduk kampung dengan tidak memakai pelitup muka yang tular di media sosial adalah benar.

Kejadian itu berlaku di Masjid Tengku Menteri, Matang semasa solat Maghrib berjemaah pada Rabu ketika operasi dijalankan Pejabat Agama Daerah Taiping bersama polis.

Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Tuan Osman Manial berkata, anggota berkenaan turut sama menunaikan solat berjemaah sebelum menjalankan pemeriksaan.

"Anggota yang bertugas itu melaksanakan perkara yang wajib terlebih dahulu sebelum melakukan pemeriksaan dan mengambil tindakan.

"Dalam operasi sekitar jam 8 malam itu, didapati seorang daripada 27 jemaah yang menunaikan solat tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan tidak memakai pelitup muka," katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

Sumber: Sinar Harian

May be an image of text
ArticlePublished 28 May 2021 2.00 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM