Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Video Tular Video Kanak Kanak Panjat Beranda Rumah Cetus Kebimbangan

Diterbitkan: 28 May 2021 3.30 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Putrajaya, 28 Mei 2021 – Video tular memaparkan seorang kanak-kanak lelaki sedang berjalan dan bermain-main di luar beranda sebuah pangsapuri di sebuah kuarters penjawat awam di sini mengundang kebimbangan orang awam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-video-tular-video-kanak-kanak-panjat-beranda-rumah-cetus-kebimbangan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:36 MYT
Putrajaya, 28 Mei 2021 – Video tular memaparkan seorang kanak-kanak lelaki sedang berjalan dan bermain-main di luar beranda sebuah pangsapuri di sebuah kuarters penjawat awam di sini mengundang kebimbangan orang awam.

Menerusi video berdurasi 15 saat itu, seorang kanak-kanak lelaki berusia lingkungan lapan ke sembilan tahun dilihat memanjat pagar beranda dan berjalan di sepanjang kaki lima beranda itu.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Tuan Mohd Fadzil Ali ketika dihubungi Kosmo! mengesahkan perkara itu dan ia berlaku di sebuah kuarters penjawat awam di sini.
“Saya sudah mengarahkan Ketua Balai Polis Presint 7 untuk berjumpa dengan ibu bapa kanak-kanak berkenaan.

“Saya difahamkan, Ketua Balai Polis Presint 7 juga sudah berhubung dengan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan susulan,” katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.

Sumber: Kosmo Online

May be an image of text
7 Shares
 
Like
 
 
 
Comment
 
 
Share
 
 
ArtikelDiterbitkan 28 May 2021 3.30 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM