Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Pkp 3 0 Parti Politik Diingatkan Agar Mengelakkan Pertemuan Bersemuka Kpn

Published: 07 Jul 2021 2.44 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Ketua Polis Negara, IG Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani berkata, beliau percaya setiap pemimpin parti memahami prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. "Saya percaya semua memahami perkara itu seperti yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-pkp-3-0-parti-politik-diingatkan-agar-mengelakkan-pertemuan-bersemuka-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:24 MYT
Kuala Lumpur, 7 Julai 2021 - Parti politik diingatkan supaya tidak mengadakan pertemuan bersemuka ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP diperketatkan (PKPD).

Ketua Polis Negara, IG Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani berkata, beliau percaya setiap pemimpin parti memahami prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

"Saya percaya semua memahami perkara itu seperti yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Namun, jika kita menerima sebarang maklumat mengenai perkara sedemikian, kita pasti akan menyiasat dan membuka kertas siasatan," katanya.

Bagaimanapun, setakat ini, beliau berkata, polis tiada menerima laporan mengenai adanya pertemuan atau mesyuarat membabitkan parti politik, terutama ketika pelaksanaan PKPD di Kuala Lumpur dan Selangor.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti berikut.
ArticlePublished 07 Jul 2021 2.44 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM