Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Pkp 3 0 Masih Ramai Tidak Endah Sop Pengarah Kdnka

Published: 17 May 2021 2.23 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Petaling Jaya, 17 Mei 2021 - Ibarat mencurah air ke daun keladi. Itu perumpamaan berhubung kedegilan segelintir masyarakat yang tidak mengendahkan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-pkp-3-0-masih-ramai-tidak-endah-sop-pengarah-kdnka
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 20:29 MYT
Petaling Jaya, 17 Mei 2021 - Ibarat mencurah air ke daun keladi. Itu perumpamaan berhubung kedegilan segelintir masyarakat yang tidak mengendahkan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.

Perkara itu jelas apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan sebanyak 1,424 kompaun melibatkan pelbagai kesalahan di seluruh negara dalam tempoh empat hari iaitu sehari sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 12 Mei lalu hingga kelmarin.
Bukan itu sahaja, sebanyak 94 individu dikenakan kompaun di Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Johor, Pahang, Terengganu dan Sarawak kerana degil melakukan aktiviti ziarah-menziarahi meskipun perbuatan itu dilarang sepanjang pelaksanaan PKP ini.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, CP Dato' Sri Abd Rahim Jaafar berkata, antara kesalahan paling tinggi yang kerap dilakukan ketika hari raya adalah gagal mendaftar masuk premis dengan sebanyak 524 orang dikenakan kompaun.

Selain itu, kata beliau, sebanyak 362 individu lagi dikompaun kerana gagal memakai pelitup muka selain gagal memastikan penjarakan fizikal (239 orang), diikuti penumpang berlebihan (29 orang) dan gagal membuat imbasan suhu badan (12 orang) serta lain-lain kesalahan tidak disenarai (214 orang).

"PDRM juga menerima sebanyak 119,705 permohonanan rentas negeri sejak 12 Mei lalu sehingga semalam. Bagaimanapun, hanya 113,048 permohonan diluluskan manakala 6,657 lagi ditolak.

"Dalam pada itu, sebanyak 4,961 kenderaan diarah berpatah balik ketika melalui sekatan jalan raya (SJR) di seluruh negara," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar Utusan Malaysia seperti di lampiran.

ArticlePublished 17 May 2021 2.23 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM