Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Pkp 3 0 Dua Artis Hadir Beri Keterangan Isu Langgar Sop

Diterbitkan: 28 Jun 2021 3.09 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Penyanyi berusia 62 tahun itu tiba di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah pada jam 1.30 petang pada Ahad untuk membantu siasatan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-pkp-3-0-dua-artis-hadir-beri-keterangan-isu-langgar-sop
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:24 MYT
Tapah, 28 Jun 2021 - Polis sudah mengambil keterangan seorang artis lelaki terkenal bergelar Datuk berhubung kes pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dalam satu majlis sosial di sebuah ladang di Kampung Poh, Bidor pada Khamis lalu.

Penyanyi berusia 62 tahun itu tiba di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah pada jam 1.30 petang pada Ahad untuk membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, seorang lagi pelakon dan penyanyi lelaki era 80-an turut dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.

"Selain kedua-dua selebriti itu, kita juga telah memanggil enam individu lain termasuk penganjur untuk diambil keterangan.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Sinar Harian.

ArtikelDiterbitkan 28 Jun 2021 3.09 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM