Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Pkp 3 0 Degil Sehingga Sanggup Potong Kawat Duri Untuk Bersiar Siar

Diterbitkan: 27 May 2021 9.16 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Tanjung Malim, 27 Mei 2021 - Tiga lelaki termasuk dua warga Indonesia ditahan selepas merentas negeri dengan memotong kawat duri di laluan tikus jambatan sempadan Ulu Bernam-Tanjung Malim, Kampung Lambak di sini pada Selasa.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-pkp-3-0-degil-sehingga-sanggup-potong-kawat-duri-untuk-bersiar-siar
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:53 MYT

Tanjung Malim, 27 Mei 2021 - Tiga lelaki termasuk dua warga Indonesia ditahan selepas merentas negeri dengan memotong kawat duri di laluan tikus jambatan sempadan Ulu Bernam-Tanjung Malim, Kampung Lambak di sini pada Selasa.

Ketiga-tiga lelaki tersebut berjaya dikesan sepasukan polis yang menjalankan tugas pemantauan Op COVID-19 di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Mukim Hulu Bernam Timur itu kira-kira jam 2.20 petang.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, ketiga-tiga suspek berusia 21 hingga 53 tahun itu mengaku memotong dawai yang mengikat kawat besi untuk melintas dari Changkat Asa, Ulu Bernam ke kawasan itu hanya untuk bersiar-siar.

"Semakan yang dijalankan mendapati seorang warga Indonesia telah tinggal lebih masa di negara ini, manakala rakan senegaranya tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.
"Seorang lelaki tempatan yang bersama mereka mempunyai rekod lampau dalam jenayah dan dadah," katanya.

Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan Sinar Harian.

Sumber: Sinar Harian

ArtikelDiterbitkan 27 May 2021 9.16 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM