Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Anggota Polis Cedera Ketika Leraikan Pertengkaran Dua Beradik

Diterbitkan: 27 May 2021 9.17 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Ampang, 27 Mei 2021 - Seorang anggota polis cedera ringan selepas cuba meleraikan pertengkaran antara dua beradik dalam kejadian di sebuah rumah di Pandan Mewah di sini pada Isnin lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-anggota-polis-cedera-ketika-leraikan-pertengkaran-dua-beradik
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:23 MYT

Ampang, 27 Mei 2021 - Seorang anggota polis cedera ringan selepas cuba meleraikan pertengkaran antara dua beradik dalam kejadian di sebuah rumah di Pandan Mewah di sini pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Tuan Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya menerima aduan daripada orang awam berhubung insiden pertengkaran itu pada jam 12.30 tengah malam.

"Sepasukan anggota dari cawangan kereta peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya pergi ke lokasi untuk meleraikan pertengkaran dua beradik tersebut," katanya.

Tuan Mohamad Farouk berkata, ketika anggota MPV cuba menenangkan dua beradik itu, salah seorang lelaki telah menolak dan menendang dada seorang anggota polis.

"Kita telah menahan lelaki berusia 25 tahun itu kerana menghalang penjawat awam ketika menjalankan tugas," katanya.

Beliau menasihati orang awam supaya memberi kerjasama kepada anggota polis yang menjalankan tugas.

Sumber: Sinar Harian

May be an image of text


ArtikelDiterbitkan 27 May 2021 9.17 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM