Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Pdrm Bertindak Lebih Tegas Terhadap Individu Langgar Sop

Published: 12 Jan 2021 2.37 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 12 Januari 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bertindak lebih tegas terhadap individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) sepanjang pelaksanaan kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula tengah malam ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-pdrm-bertindak-lebih-tegas-terhadap-individu-langgar-sop
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 02:12 MYT
Kuala Lumpur, 12 Januari 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bertindak lebih tegas terhadap individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) sepanjang pelaksanaan kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula tengah malam ini.

Ketika ini, PDRM sedia kembali melaksanakan penugasan penguatkuasaan di seluruh negara termasuk dari segi kawalan dan sekatan jalan raya.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador berkata, PKP kali ini akan memperlihatkan ketegasan pihak polis berbanding pelaksanaan perintah sama yang bermula pada 18 Mac tahun lalu.

"Beberapa kelemahan terdahulu akan diatasi bagi mengelak atau mengurangkan kekeliruan orang ramai manakala tahap ketegasan tindakan akan dipertingkatkan.

"Kita tidak akan berkompromi dalam mengambil tindakan terhadap sesiapa sahaja yang didapati melanggar syarat ditetapkan.

"Tempoh mendidik dan menasihat sudah tamat, sekarang kita terus laksanakan penguatkuasaan terhadap mereka yang masih berdegil," katanya ketika dihubungi, semalam.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian.

Sumber: Berita Harian

HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

No photo description available.
ArticlePublished 12 Jan 2021 2.37 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM