Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Kondo Mewah Bertukar Jadi Kelab Malam

Diterbitkan: 11 Jul 2021 2.52 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 11 Julai 2021 - Sejak penutupan pusat hiburan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pengusaha kelab malam mula mencari jalan meneruskan perniagaan yang terjejas teruk meskipun dalam skala kecil.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-kondo-mewah-bertukar-jadi-kelab-malam
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:59 MYT

Kuala Lumpur, 11 Julai 2021 - Sejak penutupan pusat hiburan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pengusaha kelab malam mula mencari jalan meneruskan perniagaan yang terjejas teruk meskipun dalam skala kecil.

Ada segelintir memilih kondominium atau pangsapuri mewah sebagai lokasi menawarkan parti persendirian untuk individu-individu yang ketagih berhibur pada musim PKP.

Mendedahkan kepada Mingguan Malaysia, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Dato' Sri Abd Jalil Hassan berkata, bagi melancarkan parti dalam 15 hingga 20 tetamu tersebut, pihak penganjur membuat jemputan menerusi WhatsApp dan Telegram kepada pelanggan yang boleh dipercayai.

Dato' Sri Abd Jalil memberi amaran kepada pemilik unit kondominium dan pangsapuri supaya tidak menyewakan kediaman mereka bagi tujuan parti persendirian dan mereka berdepan tindakan undang-undang sekiranya didapati melakukan kesalahan itu.

Tegas beliau, Polis Diraja Malaysia memandang serius gejala parti persendirian dan kali ini bukan mereka yang terbabit sahaja dikenakan tindakan malah pemilik juga boleh dikenakan tindakan kerana bersubahat.

"Kita mahu ibu bapa memantau dan mengawasi setiap aktiviti anak-anak terutamanya anak perempuan, agar tidak terlibat sebagai 'gadis pelayan' kerana mahu cari duit dengan cara mudah," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.

ArtikelDiterbitkan 11 Jul 2021 2.52 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM