Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Dulu Merun Kini Beret Merah

Diterbitkan: 30 Jun 2021 3.39 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Tempoh dua tahun enam bulan menerajui Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (BN 3 PGA) Senoi Praaq, Kem Bidor di Tapah, Perak sangat meninggalkan kesan kepada ACP Tuan Rosman Kasman. Lebih-lebih lagi diberi tanggungjawab mengetuai wira-wira Orang Asli yang disifatkan memiliki keberanian yang luar biasa.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-dulu-merun-kini-beret-merah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:07 MYT
Tempoh dua tahun enam bulan menerajui Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (BN 3 PGA) Senoi Praaq, Kem Bidor di Tapah, Perak sangat meninggalkan kesan kepada ACP Tuan Rosman Kasman. Lebih-lebih lagi diberi tanggungjawab mengetuai wira-wira Orang Asli yang disifatkan memiliki keberanian yang luar biasa.

Ini adalah satu daripada dua batalion Senoi Praaq yang menjadi tunjang kekuatan Briged Utara PGA iaitu BN 18 PGA Senoi Praaq di Pengkalan Hulu, Gerik juga di Perak.

Tuan Rosman yang dinaikkan pangkat pada 15 April lalu kini memikul jawatan baharu sebagai Timbalan Komander Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman.

Beliau yang sebelumnya bertugas dengan pelbagai jawatan di Unit 69 Komando, Pasukan Gerakan Khas UIu Kinta dan dalam cawangan Siasatan dan Perisikan khas Jabatan KDNKA dilantik sebagai Pegawai Pemerintah Batalion 3 PGA Senoi Praaq pada 19 0gos 2018.

Keberanian, kecekapan dalam penjejakan dalam hutan dan taat setianya kepada kerja yang diamanahkan merupakan sikap semula jadi mereka yang memberi impak yang besar kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) umumnya dan kepada negara khasnya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar Utusan Malaysia seperti berikut.

HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Pkp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Dulu Merun Kini Beret Merah
ArtikelDiterbitkan 30 Jun 2021 3.39 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM