
Article
Pkp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan 22 Individu Dikompaun Rentas Negeri Tanpa Kebenaran Di Sjr Tol Gombak
Kuala Lumpur, 18 Mei 2021 - Terus degil. Itu yang dapat disaksikan apabila 22 kompaun dikeluarkan polis membabitkan kesalahan rentas negeri tanpa kebenaran di...
Kuala Lumpur, 18 Mei 2021 - Terus degil. Itu yang dapat disaksikan apabila 22 kompaun dikeluarkan polis membabitkan kesalahan rentas negeri tanpa kebenaran di sekatan jalan raya (SJR) Plaza Tol Gombak, di sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Tuan Arifai Tarawe berkata, polis melakukan pemeriksaan teliti di SJR berkenaan bagi memastikan tiada pihak yang terlepas daripada melakukan kesalahan rentas negeri tanpa kebenaran.
"Pemeriksaan mendapati kebanyakan individu yang diperiksa mempunyai surat kebenaran rentas negeri dengan majoritinya membabitkan urusan balik dari universiti dan pusat pendidikan lain.
"Hasil pemeriksaan semalam, kami mengeluarkan 22 kompaun terhadap individu yang tidak mempunyai surat kebenaran rentas negeri dengan dikenakan kompaun RM 5,000 seorang," katanya dalam kenyataan, semalam.
Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan Harian Metro.
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN