Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkp Covid 19 Artikel Pilihan Ppv Pertama Dalam Markas Pdrm Siap Siaga Beroperasi Esok

Diterbitkan: 12 Jul 2021 1.52 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Ipoh, 12 Julai 2021 - Klinik Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) kini sedia sepenuhnya untuk beroperasi sebagai pusat pemberian vaksin (PPV), yang pertama seumpamanya di dalam markas pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-covid-19-artikel-pilihan-ppv-pertama-dalam-markas-pdrm-siap-siaga-beroperasi-esok
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:16 MYT

Ipoh, 12 Julai 2021 - Klinik Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) kini sedia sepenuhnya untuk beroperasi sebagai pusat pemberian vaksin (PPV), yang pertama seumpamanya di dalam markas pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Timbalan Komander Briged Utara PGA, ACP Tuan Mohd Noh Khamis berkata, PPV yang mula beroperasi esok itu akan memberikan perkhidmatan suntikan vaksin COVID-19 kepada warga Briged Utara dan ahli keluarga mereka serta pasukan beruniform keselamatan dan pertahanan negara.

"Setakat ini kira-kira 1,500 penerima mendaftar untuk disuntik di sini (Klinik Briged Utara PGA). Kami anggarkan seramai 130 penerima vaksin COVID-19 sehari dan sekiranya esok berjalan lancar, berkemungkinan kita akan menambah lebih ramai penerima vaksin dalam sehari.

"Klinik Briged Utara PGA ini menjadi perintis dan contoh kepada klinik PDRM yang lain bagi mempercepatkan pemberian vaksin kepada masyarakat dalam usaha mengurangkan penularan wabak COVID-19," katanya ketika ditemui Bernama hari ini.

Beliau berkata PPV itu juga akan dibuka kepada orang awam yang tinggal berhampiran Tanjung Rambutan seperti ibu mengandung di sekitar bandar raya ini bagi menerima dos pertama kerana lokasinya yang lebih dekat berbanding PPV Stadium Indera Mulia, di sini, yang mengambil masa kira-kira 30 minit perjalanan.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1981580

Sumber: BERNAMA

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia #LetsHelpOurFrontliners
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

May be an image of 3 people, people standing, car and outdoors

ArtikelDiterbitkan 12 Jul 2021 1.52 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM