Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkp Covid 19 Artikel Pilihan Polis Siasat Individu Sebar Berita Palsu Punca Kematian Pemanah Negara

Published: 24 May 2021 8.31 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 24 Mei 2021 - Polis sedang mengesan wanita dikenali dengan nama Aqila Yusri berhubung kes berita palsu mendakwa kononnya punca kematian pemanah negara, Allahyarham Haziq Kamaruddin adalah kerana darah tersumbat akibat pengambilan vaksin AstraZeneca.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-covid-19-artikel-pilihan-polis-siasat-individu-sebar-berita-palsu-punca-kematian-pemanah-negara
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:20 MYT

Kuala Lumpur, 24 Mei 2021 - Polis sedang mengesan wanita dikenali dengan nama Aqila Yusri berhubung kes berita palsu mendakwa kononnya punca kematian pemanah negara, Allahyarham Haziq Kamaruddin adalah kerana darah tersumbat akibat pengambilan vaksin AstraZeneca.

Rakaman video berdurasi tiga minit 34 saat yang tular juga mendakwa Kementerian Kesihatan (KKM) menyembunyikan punca sebenar kematian terbabit.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Tuan Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan rakaman video itu dikatakan memaparkan berita palsu daripada seorang pelajar perempuan pada 22 Mei lalu.

"Siasatan awal mendapati rakaman video berkenaan dimuat naik menerusi status WhatsApp milik penama, Aqila Yusri selain dimuat naik dalam Instagram @agilayusri.

"Hasil penelitian dalam video itu mendapati terdapat seorang wanita menyatakan kematian Allahyarham Haziq berpunca daripada saluran darah tersumbat akibat ambil vaksin berkenaan.

"Malah, terdapat juga dakwaan bahawa KKM melaporkan jumlah kes positif yang tidak tepat," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/…/polis-siasat-individu-sebar-be…

Sumber: Berita Harian

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia #LetsHelpOurFrontliners
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

May be a closeup of 1 person and text that says 'nahhhh, pasal isu vaksin now kita ada 3 vaksin ya guys.. One Pfizer, Second, Sinovac & Third, Astra..
ArticlePublished 24 May 2021 8.31 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM