Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkp Covid 19 Artikel Pilihan Pkp 3 0 Polis Siasat Sekumpulan Individu Ingkar Sop Ketika Ambil Barang Kurier

Published: 02 Jul 2021 10.08 AM Updated: 17 Jul 2026 2.23 AM
Seri Iskandar, 2 Julai 2021 - Polis menjalankan siasatan susulan video memaparkan sekumpulan individu sedang berkumpul untuk mengambil bungkusan yang diedarkan sebuah syarikat perkhidmatan kurier tanpa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sebuah universiti, di sini, seperti tular di media sosial.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-covid-19-artikel-pilihan-pkp-3-0-polis-siasat-sekumpulan-individu-ingkar-sop-ketika-ambil-barang-kurier
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 18:51 MYT

Seri Iskandar, 2 Julai 2021 - Polis menjalankan siasatan susulan video memaparkan sekumpulan individu sedang berkumpul untuk mengambil bungkusan yang diedarkan sebuah syarikat perkhidmatan kurier tanpa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sebuah universiti, di sini, seperti tular di media sosial.

Kejadian itu dipercayai berlaku di hadapan pintu utama universiti berkenaan, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Barudin Wariso berkata, satu laporan polis dibuat seorang individu pada 6 petang, semalam selepas menerima mesej bergambar di WhatsApp yang memaparkan ciapan Twitter berhubung kejadian itu.

"Semakan mendapati satu video berdurasi enam saat dikongsi oleh seorang pemilik akaun Twitter pada 9.04 malam, 30 Jun lalu (kelmarin) memaparkan sekumpulan individu sedang berkumpul beramai-ramai bagi mengambil bungkusan yang diedarkan oleh syarikat kurier berkenaan tanpa mematuhi SOP PKP.

"Pemilik akaun berkenaan turut meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengambil tindakan ke atas perkara berkenaan," katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Hantaran dan rakaman video asal dimuat naik oleh seorang pemilik akaun Twitter lain dan didapati ia kemudiannya sudah dipadam oleh pemilik akaun berkenaan.

Beliau berkata, kejadian dipercayai berlaku di hadapan pintu utama universiti berkenaan pada 7 malam dan ia hanya membabitkan penuntut serta pihak syarikat perkhidmatan kurier berkenaan saja.

"Penyerahan barangan berkenaan adalah di luar pengetahuan pentadbiran universiti dan diuruskan oleh syarikat perkhidmatan kurier itu.

"Transaksi penyerahan berlaku di luar pagar, berhampiran pintu utama universiti yang mana pada awalnya, pelajar yang hadir mematuhi SOP dengan berbaris dan kemudian menjadi tidak terkawal dengan dikerumuni oleh pelajar," katanya.

Superintendan Barudin berkata, susulan itu, pihaknya sedang mengenal pasti pekerja syarikat kurier dan semua pelajar yang berada dalam video berkenaan.

Katanya, kes akan disiasat mengikut Perkara 11 PPDPPB, Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM)1998.

Sumber: Harian Metro

ArticlePublished 02 Jul 2021 10.08 AMUpdated 17 Jul 2026 2.23 AM