Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkp Covid 19 Artikel Pilihan Jangan Kerana Marahkan Nyamuk Seekor Kelambu Dibakar

Published: 12 Jun 2021 1.36 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 12 Jun 2021 - Berlaku adil kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan tidak terus mencemuh institusi ini secara keterlaluan hanya kerana segelintir kecil warganya terbabit dalam kes salah laku, salah guna kuasa dan jenayah.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-covid-19-artikel-pilihan-jangan-kerana-marahkan-nyamuk-seekor-kelambu-dibakar
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:30 MYT
Kuala Lumpur, 12 Jun 2021 - Berlaku adil kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan tidak terus mencemuh institusi ini secara keterlaluan hanya kerana segelintir kecil warganya terbabit dalam kes salah laku, salah guna kuasa dan jenayah.

Peranan dan fungsi setiap pegawai serta anggota PDRM adalah jelas iaitu untuk menjaga keselamatan serta keharmonian hidup masyarakat atau pelindung masyarakat sebagaimana termaktub mengikut Seksyen 3 (3) Akta Polis 1967.

Menurut Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Bukit Aman, CP Dato' Zamri Yahya, polis sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat malah pegawai dan anggota polis itu sendiri paling hampir dengan orang ramai.

"Daripada isu kecil membabitkan jiran bergaduh berebut parkir, pergaduhan suami isteri sehinggalah kes besar seperti jenayah rompakan, penculikan dan pembunuhan. Sudah tentu polis yang akan terbabit untuk menyelesaikannya.

"Malah sepanjang tempoh penularan COVID-19, puluhan ribu pegawai dan anggota polis dikerah untuk menguatkuasakan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Tugas polis amat berat dan mencabar. Oleh itu, masyarakat diharap tidak terus mencemuh institusi ini disebabkan segelintir pegawai dan anggotanya mencemar badan beruniform ini. Sebaliknya, polis juga perlu rasa dihargai," katanya pada wawancara bersama Harian Metro, semalam.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.hmetro.com.my/.../jangan-kerana-marahkan...

Sumber: Harian Metro

Jangan kerana marahkan nyamuk seekor, kelambu dibakar | Harian Metro
ArticlePublished 12 Jun 2021 1.36 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM