Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkp Covid 19 Artikel Pilihan Bekas Polis Usia Lebih 100 Tahun Terima Suntikan Vaksin Covid 19

Published: 17 Jun 2021 8.23 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Lipis, 17 Jun 2021 - Walaupun sudah berusia lebih 100 tahun, bekas anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Encik Arifin Deris tidak melepaskan peluang mendapatkan dos pertama vaksin COVID-19 di sini, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-covid-19-artikel-pilihan-bekas-polis-usia-lebih-100-tahun-terima-suntikan-vaksin-covid-19
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:32 MYT
Lipis, 17 Jun 2021 - Walaupun sudah berusia lebih 100 tahun, bekas anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Encik Arifin Deris tidak melepaskan peluang mendapatkan dos pertama vaksin COVID-19 di sini, semalam.

Beliau yang pernah bertugas ketika zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu dan kini dikatakan berusia 110 tahun berkata, pengambilan vaksin itu dibuat atas kesedaran bahawa ia sangat penting bagi melindungi diri memandangkan wabak itu belum menunjukkan akan berakhir dalam masa terdekat.

“Saya sendiri yang mahu ambil vaksin ini, tidak ada sesiapa yang paksa. Lagipun ini adalah untuk kebaikan semua, melindungi kita daripada ancaman penyakit ini
“Dari awal saya tahu akan terima vaksin, tidak rasa takut pun, bahkan lepas dapat suntikan saya rasa sangat bersemangat dan bertenaga,” katanya ketika ditemui di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah semalam.

Sebagai komuniti yang prihatin, pilihlah untuk ambil vaksin. Jangan sesekali terpengaruh dengan khabar angin dan maklumat yang tidak tepat tentang suntikan COVID-19. Lindungi diri, lindungi semua!

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.kosmo.com.my/.../bekas-polis-usia-lebih-100.../

Sumber: Kosmo Online

ArticlePublished 17 Jun 2021 8.23 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM