Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pjsjn Kunjung Jabatan Anti Narkotik Dan Cancilleria Di Columbia

Published: 22 Oct 2019 8.17 AM Updated: 15 Aug 2026 7.15 PM
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Datuk Mohd Khalil Kader Mohd mengunjungi Jabatan Anti Narkotik dan Kementerian Luar Negeri Columbia (Cancilleria) pada hari kedua siri lawatan kerjanya di sini, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pjsjn-kunjung-jabatan-anti-narkotik-dan-cancilleria-di-columbia
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:09 MYT

Columbia, 22 Oktober 2019 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Datuk Mohd Khalil Kader Mohd mengunjungi Jabatan Anti Narkotik dan Kementerian Luar Negeri Columbia (Cancilleria) pada hari kedua siri lawatan kerjanya di sini, semalam.

Dalam rangka lawatan di Jabatan Anti Narkotik, CP Datuk Mohd Khalil bersama delegasi telah mendengar taklimat, antaranya berkaitan peranan dan tugas Jabatan Anti Narkotik, kegiatan pengedaran dadah yang tertumpu di kawasan pelabuhan dan lapangan terbang serta strategi kajian terhadap pemerdagangan dadah.

Taklimat-taklimat tersebut telah disampaikan oleh wakil United Nations Office on Drugs and Crime, Mr. Diego Ricardo Quintero, wakil Pengarah Jabatan Anti Narkotik, Mr. Samuel Dario Bernal Rojas dan para pegawai kanan Jabatan Anti Narkotik iaitu Mr. Fabio Ojeda Erazo, Mr. Marlon Valencia Orjuela, Mr. Jose Miranda Rojas, Ms. Maria Angelica Bedoya, Ms. Liz Wendy Cuadros Veloza dan Mr. Raul Andres Torres Rangel.

Selain itu, kejayaan JSJN menumpaskan sindiket penyeludupan dadah antarabangsa dengan rampasan 12 tan kokain bernilai RM2.4 bilion pada 10 September lalu turut dikongsikan oleh ASP Unit Risikan Zon II, ASP Mohd Norazmi Abd Ghapar dalam sesi lawatan tersebut.

CP Datuk Mohd Khalil dan DCP Tuan Zulkifli Ali mengakhiri rangka lawatan hari kedua dengan mengunjungi Cancilleria di mana beliau diberi taklimat ringkas mengenai kementerian tersebut.

3
Sekitar lawatan delegasi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik di Jabatan Anti Narkotik.

4
Sekitar lawatan delegasi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik di Jabatan Anti Narkotik.

5
Sekitar lawatan delegasi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik di Jabatan Anti Narkotik.

7
Sesi penyerahan cenderahati oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Datuk Mohd Khalil Kader Mohd.

 
 
 
 

6
Sesi penyerahan cenderahati oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Datuk Mohd Khalil Kader Mohd.
 
 
 
 

8
Sekitar lawatan delegasi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik di Jabatan Anti Narkotik.
 
 
 
 

9
Bergambar kenangan.
 
 
 
 

10
Bergambar kenangan.
 
 
 
 




ArticlePublished 22 Oct 2019 8.17 AMUpdated 15 Aug 2026 7.15 PM