Polis menemui sebilah pisau pemotong sayur yang digunakan oleh seorang wanita berusia 31 tahun untuk kerat badan bayi perempuan selepas melahirkannya di dalam bilik mandi sebuah rumah di Kampung Manggol, Jitra, Alor Setar pada 6 Julai lalu.
Pisau sepanjang 20 sentimeter itu ditemui di dalam sebuah bekas polistirena berwarna putih di rumah datuk wanita berkenaan di kampung tersebut pada pukul 6.15 petang kelmarin.
Sumber : Kosmo