Paksaan Masuk Polis Bertukar Menjadi Cinta Pada Kerjaya
Ketua Polis Balai Bukit Jalil, Inspektor Mohamad Hafiza Mohamad Razali, 28, memulakan kerjaya dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) hasil paksaan bapanya, akhirnya perasaan itu bertukar menjadi cinta yang mendalam sehingga pernah dinobatkan sebagai Pegawai Penyiasat Terbaik Daerah dan kini dilantik sebagai ketua polis balai di kawasan Lembah Klang.
Beliau menjadi seorang pegawai polis atas paksaan bapanya dan kini jatuh cinta dengan kerjayanya.
Lebih membanggakan,beliau juga mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi salah seorang insan bertuah kerana menjadi antara Ketua Polis Balai termuda di kawasan Lembah Klang iaitu pada usiannya 25 tahun.
Sumber : Utusan Malaysia