
Pic Of The Day Tiada Kata Hanya Doa Mampu Mengiringi Pemergian Ahli Keluarga Tersayang
“Selamat jalan dik, kami semua sayang Bal”.
Ungkapan perpisahan abadi seorang kakak buat adik saudara kesayangan, Allahyarham Konstabel Muhammad Iqbal Mazlan yang dikongsi di laman Facebooknya, membuatkan setiap orang merasai kesedihan yang ditanggung. Apatah lagi kehilangan ahli keluarga tersayang di bulan Ramadan yang mulia dan ketika Syawal bakal menjelma.
Namun, pengorbanan Allahyarham Konstabel Iqbal yang pergi menemui Ilahi sewaktu sedang bertugas melindungi negara dan masyarakat pasti akan terpahat dalam lipatan sejarah Pasukan untuk dikenang selama-lamanya.
Al-fatihah buat Allahyarham Konstabel Muhammad Iqbal Mazlan.
Sumber gambar: Afzan Amira