
Artikel
Pic Of The Day Sikap Prihatin Anggota Polis Balai Karak Bantu Warga Emas Undang Reaksi Positif Netizen
Warga emas yang mempunyai masalah penglihatan itu kemudiannya dibawa menggunakan motosikal milik anggota polis tersebut untuk mendapatkan rawatan di Klinik Kes...
Dua anggota dari Balai Polis Karak iaitu Koperal Firdaus Alias bersama Konstabel Aiman Mat Nor, semalam mempamerkan sikap prihatin tinggi apabila membantu seorang warga emas yang tersadai di tepi sebatang jalan raya akibat masalah kesihatan.
Warga emas yang mempunyai masalah penglihatan itu kemudiannya dibawa menggunakan motosikal milik anggota polis tersebut untuk mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Karak.
Sikap bertanggungjawab yang tinggi kedua-dua anggota polis terbabit, mengundang reaksi positif netizen dengan rata-rata memuji sifat ehsan ditunjukkan mereka.
Sumber: POLIS Bentong